MTQADDIN

skip intro or login to blog

Ahad, 15 November 2009

Latar Belakang MTQ ADDIN Malim Nawar


Pada awal Disember 1993 projek Sekolah Agama Rakyat Kg Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan mula beroperasi, terletak di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p iaitu tanah waqaf Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak D.R. Dua buah bangunan ( 5 bilik darjah) yang telah siap dibina oleh Pejabat Daerah Kinta di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar pada masa itu, telah digunakan sepenuhnya bagi kegunaan pelajar sebagai bilik darjah dan asrama.

Jamaah Pengurusan telah memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. Dengan itu sekolah ini telah dinamakan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (ringkasnya : MTQ ADDIN)

Maahad ini adalah sebuah sekolah swasta berasrama penuh dan didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak DR pada 17.12.1993 dengan Nombor Pendaftarannya : JAPk/SMAR/Bg.01/97 setelah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dikuatkuasakan


Jamaah Pengurusan membuka peluang belajar kepada calon-calon yang layak ( memenuhi syarat-syarat kemasukan ) daripada dalam dan luar Negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan